Tuesday, 15 May 2012

Taman Lagenda Suria (TLS) mula dibuka pada 16 Januari 2010 merangkumi 179 buah rumah, 60 lot kedai dan kawasan taman permainan. Kini TLS mempunyai penduduk seramai 485 orang dengan peratus penduduk Warga Emas (4%), Dewasa (51.1%), Remaja (27.4%) dan Kanak-kanak (17.7%) dengan 92% adalah dari kaum Melayu, 6% Cina dan 2% India.

Tiada siapa menyangka kawasan yang dulunya menjadi tempat pengumpulan hasil getah kini menjadi kawasan perumahan yang pesat membangun. Kedudukan strategik TLS yang betul2 bersebelahan satu-satunya stesyen minyak yang ada di Hulu Langat ini seringkali menjadi landmark dan stop point bagi penduduk dikawasan ini apatah lagi bagi pengunjung-pengunjung yang ingin ke kawasan rekreasi Hulu Langat seperti Sungai Congkak, Sungai Gabai, Lembah Pansoon dan Gunung Nuang. 

No comments:

Post a Comment