Tuesday 2 October 2012

Ibadah Korban 2012/ 1433 Hijrah

Salam semua warga TLS,

Perbincangan awal berkenaan pelaksanaan Ibadah Korban tahun 2012 telah dibuat. Secara dasarnya, AJK Pengurusan Surau TLS telah bersetuju untuk melaksanakan Ibadah Korban pada hari Sabtu 27/10/2012. Pada tahun sebanyak 2 ekor lembu sahaja telah dipersetujui untuk diuruskan. 

Seperti semua warga TLS sedia maklum, surat makluman telah diedarkan ke rumah-rumah bermula 20/9/2012. Harga bagi 1 bahagian korban telah ditetapkan RM400. Ini bermakna, hanya 14 bahagian sahaja yang akan diuruskan . Walau bagaimanapun, sekiranya penyertaan melebihi 14 bahagian, pihak pengurusan surau akan melihat kepada keadaan semasa samaada boleh atau tidak bergantung kepada kecukupan tambahan 7 bahagian lagi dan kemampuan pengurusan surau TLS menguruskannya.Bagi memudahkan pengurusan ibadah korban tahun ini, penyertaan boleh diajukan ke mana-mana AJK Surau TLS tidak lewat dari 7/10/2012.

Sebarang pertanyaan, warga TLS boleh menghubungi AJK Surau TLS. Nombor perhubungan AJK Surau TLS boleh diperolehi di laman blog TLS di http://lagendasuria2012.blogspot.com/2012/07/ahli-jawatankuasa-surau-asy-syakirin.html

Semoga ibadah korban kita pada tahun ini dapat dijayakan dengan baik dan mendapat kerjasama seluruh warga TLS.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment