Sunday 29 July 2012

Bubur Lambuk Special TLS...

28 Julai 2012, Hulu Langat Selangor...Sepakat bersama, segala terlaksana...itulah yang boleh diungkapkan apabila aktiviti memasak bubur lambok, Surau TLS mendapat sambutan menggalakkan dari warga TLS.

2012 adalah tahun ketiga warga TLS menyediakan bubur lambuk tatkala tiba bulan ramadhan. Persiapan bubur lambuk dibuat seawal jam 8.30 pagi dimulakan dengan kerja2 menyiapkan bahan2. Jam 11.00 pagi, bubur lambuk mula dimasak dan siap jam 2.00 petang. Jam 3.00 petang, proses membungkus mula dibuat. Sebanyak 240 bungkusan disediakan untuk diagihkan kepada semua warga TLS dan individu2 yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan memasak bubur lambuk ini. Agihan mula dibuat selepas solat Asar. 

Alhamdulillah, maklumbalas warga TLS yang menerima bubur lambuk ini sangat teruja dengan komitmen warga TLS bekerjasama dan sepakat menjayakan program ini. InsyaAllah, jika diizinkan dan kalau ada rezeki, TLS akan adakan lagi program2 seumpama ini.

Bagi pihak jawatankuasa pelaksana program ini, diucapkan berbanyak terima kasih kepada semua individu yang terlibat menjayakan program ini. Sumbangan tuan/puan semua tidak akan dilupakan. Hanya Allah sahaja yang akan membalsnya.

No comments:

Post a Comment