Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan dari Persatuan Penduduk TLS dan Pengurusan Surau TLS

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA PENDUDUK TLS YANG BERAGAMA ISLAM. Dikesempatan ini, Persatuan Penduduk dan Pihak Pengurusan Surau TLS ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Untuk makluman semua warga TLS, Solat tarawikh pada tahun ini diteruskan seperti tahun lepas. Mesyuarat Pengurusan Surau TLS telah bersepakat untuk maksanakan Solat Tarawikh 8 rakaat. Tentatif setiap malam di bulan Ramadhan ini adalah seprti berikut :

- Berbuka dan Solat Maghrib di Surau TLS
(bagi yang berkelapangan dijemput bersama-sama berbuka di surau)
- Solat Isyak
- Tahlil Arwah
- Moreh
- Bertadarus

Bagi mereka yang berhajat menyumbang untuk tahlil arwah, sumbangan moreh dan sumbangan pembangunan surau dengan apa bentuk sumbangan, tuan/ puan bolehlah berhubung terus dengan Pengurusan Surau TLS ditalian 0133452729 (Hj. Nordin-Penasihat Surau TLS), 0132728551 (En. Sulaiman-Pengerusi Surau TLS) dan 0129329302 (En. Afendi-Bendahari Surau TLS). Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Surau TLS - RHB 26227800012289

Semoga dengan kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan memberi lebih barakah untuk semua penduduk TLS secara tidak langsung dapt mewujudkan hubungan yang lebih akrab dikalangan warga TLS. Mudah-mudahan kita semua akan beroleh rahmat daripadaNYA. Sumbangan yang disalurkan juga diharap dapat memberi manfaat kepada semua warga TLS. Amin Ya Rabbil Alamin.

No comments:

Post a Comment